PORT DICKSON: Kerajaan Negeri Sembilan kini dalam proses menambah lagi kawasan Hutan Simpanan Kekal di negeri ini seluas 330 hektar melibatkan tanah kerajaan di daerah ini.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, ketika ini Negeri Sembilan mempunyai seluas 155,086 hektar atau mewakili 23 peratus daripada keluasan tanah negeri selaras dengan Dasar Perhutanan Semenanjung Malaysia.
"Hutan simpanan di Port Dickson yang dimaksudkan adalah Hutan Simpan Bakau yang akan kita wartakan, dan kita harap bahawa ini akan menjadi satu pusat kajian terutamanya kepada anak muda.
"Ketika ini kita sedang mengenal pasti kawasan tersebut, antaranya kita ada bakau di sekitar Sungai Nipah,Chuah, Lukut dan Sungai Linggi supaya apabila telah diwartakan ia tidak akan dikeluarkan begitu sahaja sekali gus kekal menjadi khazanah kita," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selesai sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Sembilan 2023 di PD Forest @ Sungai Menyala Port Dickson pada Ahad.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Aminuddin menjelaskan PD Forest telah pun mempunyai sebuah Dataran Astronomi yang belum pernah wujud di mana-mana Hutan Simpan Kekal di negara ini.
"Ia didapati sangat sesuai diwujudkan di PD Forest kerana tahap pencemaran cahaya yang sangat rendah di dalam hutan tidak mengganggu aktiviti cerapan langit dan aktiviti berkaitan astronomi.
"Di dataran ini, pada siang hari, pengunjung boleh melihat waktu sebenar menerusi jam matahari seperti yang digunakan oleh masyarakat kuno dalam menentukan masa dan waktu solat," katanya.
Ujarnya, selain itu di malam dapat melihat bulan, bintang, planet ataupun bima sakti ( milky way ) secara mata kasar atau menggunakan alat teleskop.
"Dataran ini menjadi menarik kerana baharu sahaja mendapat pengiktirafan dari Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai Jam Matahari Terbesar Dalam Hutan Simpan dan juga Dataran Astronomi Terbesar Dalam Hutan Simpan," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jun 04 2023
Aminuddin berkata, ketika ini Negeri Sembilan mempunyai seluas 155,086 hektar atau mewakili 23 peratus daripada keluasan tanah negeri selaras dengan Dasar Perhutanan Semenanjung Malaysia. - Gambar/ Sinar Harian
Pendapatan lebih RM1 bilion, Ronaldo kekal atlet terkaya dunia - Forbes
Pemain berusia 39 tahun itu memperoleh pendapatan AS$260 juta (RM1.22 bilion) - meningkat daripada AS$136 juta (RM637 juta) - sejak 12 bulan lalu.
LKM sasar 10,000 hektar tanaman koko dalam lima tahun
LKM menggalakkan lebih ramai pemilik ladang kecil termasuk petani mengusahakan tanaman koko bagi mencapai sasaran keluasan tanaman komoditi itu.
Jalan rosak di Johor berbaki 979 daripada 2,642 lokasi dikenal pasti
Sebanyak 1,075 kawasan jalan rosak telah dibaiki tahun lepas dan 588 lokasi lagi akan dibuat sepanjang tahun ini.
Imigresen Kelantan dakwa 15 pendatang di Mahkamah Sesyen Khas
Kesemua pendatang yang berusia antara 19 hingga 48 tahun itu ditangkap dalam Op Kutip sekitar Kota Bharu dan Bachok pada 3 Mei.
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
Kerajaan Negeri Sembilan tukar kereta rasmi, elak kos selenggara tinggi - MB
Kerajaan Negeri Sembilan membuat 16 pembelian kereta baharu untuk kegunaan rasmi Menteri Besar dan beberapa anggota pentadbiran kerajaan negeri.
Selepas 25 tahun, pastikan PKR kekal relevan dalam setiap generasi - Naib Presiden
PKR kini berdepan cabaran memastikan parti itu sentiasa relevan dalam setiap generasi khususnya golongan muda.
Kerajaan Negeri Sembilan tidak pinggir DUN diwakili pembangkang - MB
Kerajaan Negeri Sembilan tidak meminggirkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakili pembangkang di negeri ini.
LRA Sungai Linggi beroperasi semula - Aminuddin Harun
Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi dekat sini kembali beroperasi semula hari ini selepas sumber air mentah kembali pulih.
Wakil rakyat perlu ketepi agenda politik sempit - Tuanku Muhriz
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan menitahkan semua ADUN negeri ini supaya mengetepikan agenda politik sempit.
Kupang tercemar semulajadi, isu dipulihkan dalam masa terdekat - MB
Aminuddin berkata, kupang tersebut dicemari toksik secara semulajadi, dan bukan berpunca daripada aktiviti pihak-pihak tertentu.
Elak makan kupang, kerangan sementara waktu - Aminuddin
Kerajaan negeri akan melihat beberapa aspek sebelum tindakan lanjut diambil berdasarkan laporan daripada Jabatan Perikanan negeri termasuk jumlah penternak dan sebagainya.
16,000kg daging segar dijual pada 'Program Mantai Rayo' Negeri Sembilan
Kira-kira 16,000 kilogram daging pejal atau 160 ekor lembu disediakan untuk rakyat negeri ini sempena jualan 'Program Mantai Rayo Negeri Sembilan' menjelang sambutan Aidilfitri bulan depan.
Kawasan di Tampin, Jempol rekod tanpa hujan 13 hari berturut-turut
Beberapa kawasan di Tampin dan Jempol merekodkan ketiadaan hujan hingga 13 hari berturut-turut akibat fenomena El Nino kali ini.
27 tapak projek JENDELA di Negeri Sembilan siap dibina
Sejumlah 27 infrastruktur telekomunikasi baharu bagi fasa satu di bawah JENDELA di Negeri Sembilan telah siap dibina.